saya amat tertarik dengan salah satu masakan yang saya lihat di internet dan saya ingin berkongsi bersama denga anda..
resepinya ialah mudah sahaja iaitu:
Ikan Masak Asam Rebus
Bahan-bahan:
2 ekor Ikan kembung/ selar atau 1 ekor ikan bawal atau tenggiri
1 batang serai - diketuk
1 asam gelugur (asam keping)
Sedikit daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan air
Bahan-bahan kisar/tumbuk/giling:
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi - tak perlu jika tak mahu pedas
1 cm kunyit hidup
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm belacan
Cara Penyediaan:
Satukan ikan bersama serai, air dan bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk/giling di dalam periuk dan panaskan hingga mereneh, anggaran selama 10 minit.
Masukkan asam keping dan daun kesum. Biarkan mereneh lagi selama 3 minit.
Tutup api dan hidangkan bersama nasi.
>sebab apa saya pilih resepi ni,tgk cara penyediaan tak berapa payah and then tak memakan masa yang lama..kalau ada masa bolehlah mencuba..
My Blog List
Followers
About Me
- ina
- minat gler ngan memasak ni,tmbah lg klu masak utk fmily,time rye.klu ade rzeki tign jgk nk bkak rstoran,tp tkot jgk xde org yg dtang,hehe :-)
0 ulasan:
Post a Comment